Thursday, December 4, 2008

Apakah itu SAKA

Saka adalah dari belaan orang tua-tua atau dari warisan dahulu(atuk moyang)yang banyak digunakan untuk tujuan berperang, berkebun, menjaga kebun, kebal, boleh ghaib, kecantikkan, sihir, kekuatan, bersilat dan sebagainya yang digunakan oleh orang-orang dulu.Tetapi sekarang masih ada individu yang mengamalkannya lagi.

Kebanyakan Saka ini adalah dari golongan Jin dan Syaitan yang berugama atau pun tidak. Jin ini akan diberi makan mengikut perjanjian yang dibuat oleh pengamalnya, ada yang diberi makan setiap hari atau setiap bulan atau setiap tahun. Saka ini akan berdamping dengan tuannya untuk tujuan menjaganya dari bahaya atau peperangan.Apabila tuannya meninggal dunia Saka ini akan memilih untuk mendampingi waris tuannya atas pilihan tuannya atau atas pilihan saka tersebut, diantara anak atau cucu tuan lamanya. Kebanyakkan waris yang mempunyai saka tersebuttidak tahu menahu tentang adanya saka didirinya sehingga berlakunya gangguan terhadap diri tersebut.Ada yang mengetahuinya tetapi merahsiakan tetapi tidak dapat mengawal Saka tersebut hinggalah saka tersebut melakukan sesuatu atas tujuan yang tertentu.

Saka juga boleh berlaku kepada individu yang menuntut ilmukebatinan yang terpesong dari akidah Islam. Tujuan yang sama untuk pendinding badan, perniagaan, pengaruh, kebal, kecantikkan dan sebagainya. Ada juga individu inimenggunakan mahkluk ini sebagai tangkal, cincin, minyak wangi, susuk atau wafak sebagai tempat mahkluk tersebut duduk. Ianya boleh juga dipanggil Kadam. Apabila tuannya dalam keadaan nazak mahkluk ini akan berpindah kepada pewaris yang lemah atau yang disukai. Pada hari ini ramai yang kita jumpa mereka memakai cincin yang orang kata ada isi, cuba kita tanya kepada
kawan-kawan kita yang ada memakai cincin yang pelik-pelik, tentu sekali mereka akan berkata dengan yakin.........untuk pendinding, pelaris, ong dan sebagainya.

Cuba fikir-fikirkan...... Wallaahu 'alam...

1 comments:

Anonymous said...

Salam saudara,

mohon ruang saya berkongsi pandangan ttg SAKA ini...pada pandangan saya, penjelasan saudara ttg saka ini ada yg tersasar dan difahami dalam satu perspektif.

SAKA atau bermaksud WARIS...jika ditambah imbuhan pada kedua-dua perkataan ini, ia menjadi PUSAKA & WARISAN...

Berkaitan yg disebut ttg jin dan syaitan itu betul dan tidak saya nafi. Cuma penjelasan itu tidak meluas dan menyempitkan perspektif ilmu berkaitan ttg SAKA.

utk manluman saudara, SAKA ini dirujuk kepada ILMU, dan TIDAK SAMA SEKALI ia dimaksudkan sebagai BELAAN...itu konsep yg tersasar dan salah tafsirannya.

Mengapa?

Saudara menyebut ttg silat, kekebalan, kecantikan, pelaris dan sebagainya dalam penjelasan ttg saka. Maka itulah SAKA iaitu ilmu-ilmu yang dipelajari, diamal dan dibawa oleh nenek moyang terdahulu.

Maka ilmu itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu;

1. Ilmu yg bertunjangkan tauhid
2. Ilmu yg bertunjangkan kesesatan

Perkaitan SAKA dan KETURUNAN sangat berkait rapat...

Maka, saka atau waris atau ilmu itu diturunkan kepada generasi seterusnya samada secara sedar atau tidak....

Skop tafsiran ttg saka paling kerap dikaitkan dengan ilmu sesat dan kejahatan yg berhubungan dgn makhluk2 laknatullah seperti jin kafir, iblis, dajjal dan syaitan...

maka di Alam Melayu, makhluk2 ini dipanggil polong, jembalang, hantu raya, hantu tinggi, pelesit, bajang,penanggal dan sebagainya....

bagi pihak yang memilih jalan ilmu kedua iaitu melalui jalan sesat, ia berlaku kerana;

1-tidak perlu berzikir atau beramal utk mendapat ilmu yg dihajati
2-cepat menjadi
3-mudah dipelajari
4-mudah dilaksanakan

mereka2 ini menolak SAKA atau ilmu drpd bahagian pertama iaitu melalui jalan tauhid yg sudah pastinya akan melibatkan peringkat2 zikir, pembacaan kalimah dan bersuluk...

mereka ini dikategorikan sebagai MALAS dan BERNAFSU AMARAH..

dan apabilan mereka ini mempelajari ilmu2 sesat, maka guru2 tersebut telah mengajarkan kalimat-kalimat menyeru dan mantera-mantera penunduk yg mengawal syaitan2 dan jin2 kafir tersebut....

dgn mantera penunduk tersebut, mereka mampu mengawal jin2 kafir dan syaitan2 tersebut tanpa perlu mengorbankan sebarang nyawa atau perjanjian berdarah...

masa terus berlalu, usia dimakan waktu, tenaga kian terbatas...maka mereka sudah kian hilang kawalan kpd makhluk2 tersebut...dan DI SINI lah ia bermula gangguan2 drpd makhluk2 tersebut...yg telah disalah tafsirkan oleh kebanyakan pengamal perubatan sbg SAKA....

Anak cucu mereka tidak pula dimaklumkan atau diajari ttg mantera penunduk dan kalimat2 pemutus hubungan ilmu itu....akibatnya, ada anak2 mereka terpaksa menerima belaan2 tersebut...dan KETIKA ini lah makhluk2 ini menggunakan kesempatan meminta syarat2 luarbiasa seperti makan darah khususnya sebagai tukaran utk memberi kelebihan2 awal yg dipelajari oleh nenek moyang mereka terdahulu....

Keadaan itu seterusnya berlaku sehingga beberapa generasi (mungkin yg berlaku pd masa kini)...

cukup saya menyampai penerangan itu....terima kasih.

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Lifestyle theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com