Wednesday, November 19, 2008

Dilimpahkan rezeki setalah 7 hari

Ulama mengatakan bahawa mewiridkan surah al-Insyirah (Alam nasyrah) sebagai bacaan rutin, maka insya-Allah akan dapat mempermudah rezeki, melapangkan dada, menghilangkan kesulitan, memperbaiki sifat malas dan menjadi taat.

Kemudian jika dibaca sebanyak 40 kali setiap selesai dari solat lima waktu, selama 7 hari berturut-turut, maka insya-Allah akan dilimpahkan kekayaan kepada pembacanya melalui apa-apa sahaja jalan yang dibuka oleh Allah. Ini adalah suatu amalan yang mustajab. Patut dicuba oleh sesiapa yang dalam kesulitan. Tetapi ini bukanlah bermakna kita boleh duduk diam bermalas-malasan. Mesti disertakan dengan ikhtiar zahir dan rajin berusaha tanpa putus asa. Bukakan minda, lihat peluang-peluang disekeliling, kemudian beranilah mengerjakannya.

Sementara dalam kitab Khazinatul-Asrar (Rahsia Perbendaharaan) disebutkan, sesiapa yang membiasakan membaca surah al-Insyirah selepas setiap solat lima waktu, maka Allah akan berkenan memudahkan urusannya, melenyapkan kesusahannya dan memberikan rezeki dengan tidak terkira-kira.

Dalam mengamalkan ayat-ayat al-Quran adalah lebih baik untuk kita memahami dan menghayati setiap makna dari ayat-ayat itu sehingga meresap ke dalam kalbu, supaya kita merasai kebesaran Allah, lantas dapat menumbuhkan sifat-sifat terpuji dalam diri.

0 comments:

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Lifestyle theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com